Saturday, December 3, 2011

~4december~


Tuhan tolong lembutkan hati dia...
untuk terimaku seadanya..
kerna ku tak sanggup.. kerna ku tak mampu..
hidup tanpa dia disisiku..

Tuhan aku tahu banyak dosaku..
hanya ingatkan Mu kala dukaku..
Namun hanya Kamu ...
yang mampu membuka..
pintu hatinya tuk cintaku...

Malam... kau bawalah rinduku..
untuk dirinya jauh dariku..
agar dia tidak kesepian..
selalu rasa ada cinta aku..

Hujan.. bawa air mataku..
yang mengalir membasuh dukaku..
agar dia tahu ku terseksa..
tanpa cinta dia dihatiku..

hanya mampu beserah .. moga cahaya tiba nanti...

Saturday, October 29, 2011

::TATKALA KAMU MEMBUAT AYAHMU MENGALIRKAN AIR MATA:::



TATKALA KAMU MEMBUAT AYAHMU MENGALIRKAN AIR MATA
*tolong dgr lagu aiman, cinta terakhir

26 Januari 1992. Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.

26 Januari 1995. Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.

Januari 1998.. Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.

Januari 1999. Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.

November 2003. Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak.

Januari 2004. Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu, menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:)

27 Januari 2007. Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham. 11 p.m. Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia.

28 Januari 2009. Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu,i bu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., langkah terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna? Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari.

26 Februari 2010. Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?. Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!. Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?. Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan.

Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri.. Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah...

copypaste from www.iluvislam.com

Friday, October 28, 2011

:: madah buat Wanita:::


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka..
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa..

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..
Mana mungkin kayu yang bengkok itu dapat menghasilkan bayang yang lurus..
Luruskanlah wanita dengan jalan
yang ditunjukkan Allah S.W.T
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat..
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Disitu punca kekuatan dunia!

Akal senipis bilahan rambutnya,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hati bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan..

Allah..
bisikkanlah ke telinga mereka bahawa..
Kelembutan bukan satu kelemahan,
ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bwah pimpinanmu,
jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Andai dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah..
:)

:: mengapa lemah sungguh kaum hawa itu?? ::


Wahai kakakku...

kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu..

asyik bertemankan tangis dan sendu sahaja..???



wahai adikku..

bukan wanita itu lemah dek kerana tangisnya dan sendunya...

tetapi di situlah wahai adikku..

kekuatan bisa meleburkan ego seorg lelaki..

memjadi izzah yang paling gah..

bahkan lebih gah dari egonya seorg lelaki...

kerana sendu rayunya..

Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun..



duhai adikku..

lembut wanita itu bukan lemah..

tetapi senjata..



Namun whai kakakku..

wanita itu fitnah dunia...



Pernahkah adikku dengar..

pesanan Illahi pada hambanya...

wahai lelaki-lelaki yang beriman..

tundukkanlah pandangan mu dan tutuplah auratmu..

cuba adik nilai..

pada siapa terlebih dhulu Allah dhulukn pesanan-Nya..

pada hamba yg bergelar Ar-Rijal..

kerana andai si lelaki mnjaga pandangnnya..

maka tidak mungkin terliht akan wanita yg menjd fitnah pd dirinya..



Dan..tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita..

agar memelihara auratnya..

kerana disitulh kehormatannya..

bukan fitnah semata-mata skiranya ar-rijal dan an-nisa sama2 mematuhinya..

sesungguhnya wanita beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh..



Tapi kakakku...

kenapa wanita itu menjadi peragaan....???

tidakkah mereka berasa malu..??



Wahai adikku sayang..

Al-Haya(sifat malu)..

ada dlm diri stiap insan..

wujudnya seiring dgn nafas insani..

dan al-haya itulh pakaian iman..

pada diri wanita itu..

al-haya sebagai pembenteng diri..

Namun..

bila mana al-haya itu lebur..

imannya runtuh..

kenapa mereka merelakn diri mnjadi peragaan..?

kerana mereka sebenarnya paranoid..

merasakn diri blum ckup menarik..

mereka sebenarnya yg kalah dr segi psikologi..



Namun adikku..

Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan itu..

Wahai adikku..

1001 keindahan penciptaan wanita..

pandai-pandailh dikau menilainya..

antara permata dn debu-debu kilauan pasir..

wahai adikku..

jgnlh adik gusar..

tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..

dan jgnlh engkau sekali-kali merendahkan dirimu..

menggugurkn diri..

menyembah tanah..

sedangkn sebenarnya engkau telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya..

Monday, October 3, 2011

::Contohilah sifat romantis Rasullullah S.A.W:::








Oleh Muhammad Asyraf

Sunnah Nabi Muhammad pererat hubungan pasangan


RASULULLAH SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang tiada tandingan. Allah membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik.

Firman Allah yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam, ayat 4)

Sifat sempurna itulah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW, hati mereka mencintai Baginda, bahkan berapa ramai yang dulunya bersikap keras berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak serta budi Nabi SAW.

Sukarnya menggambarkan kemuliaan akhlak dimiliki Baginda, Saidatina Aisyah menisbahkan keperibadian Rasulullah SAW dengan kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri-isterinya. Namun, sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yang sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas rasa tawaduk dan romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diceritakan, Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan Aisyah berkata: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.”

Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir menunjukkan ia satu sunnah terutama selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.


Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa dibebani tugas, kita masih boleh mengambil sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Contohnya, menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti dilakukan Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehingga Nabi SAW berkata:


“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” (Hadis Bukhari dan Muslim)

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan:


“Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri Baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”

Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dulu. Apabila waktu cuti hujung minggu atau malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukan sekadar tips dari seorang pakar motivasi tetapi sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya.

Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim:


“Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Rasulullah juga membawa Aisyah makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah tidak diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disaran suami menyuap makanan ke mulut isterinya. Seperti dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW yang bermaksud:


“Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”

Malangnya, romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya.

Tetapi jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ia dihalalkan.

Monday, September 19, 2011

.:::permata hatiku dunia akhirat:::.

This is the picture of the one that i love the most...
I can't live without them..
I miss them so much..
can't stop thinking of them...
mak..ayah...
adik rindu mak ayah sangat9999....
ya Allah...
lindungi mereka dari segala bencana..
izinkan aku untuk berbakti kepada mereka...
:"(

Friday, August 26, 2011

mak.. ayah..jantung hati saye...

duhai ayah..
duhai bonda...
pengorbananmu disanjung tinggi..
jasamu tetap disanubari...