Friday, October 28, 2011

:: madah buat Wanita:::


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka..
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa..

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..
Mana mungkin kayu yang bengkok itu dapat menghasilkan bayang yang lurus..
Luruskanlah wanita dengan jalan
yang ditunjukkan Allah S.W.T
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat..
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Disitu punca kekuatan dunia!

Akal senipis bilahan rambutnya,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hati bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan..

Allah..
bisikkanlah ke telinga mereka bahawa..
Kelembutan bukan satu kelemahan,
ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bwah pimpinanmu,
jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Andai dirimu tak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah..
:)

No comments:

Post a Comment