Tuesday, May 29, 2012

..::terima sedanya::.. :))

aiceeewahh..terima seadanya..ekeke..
sebenarnya tajuk je nk gempak ckit..
content die ekceli nk cite pasal spesifikasi calon suamiku yg paling minimum..:)))
ok jap.. sy bukan memilih okey.. tp,, saje2 nk bt wishlist skit..berangan la konon2 nye..ehehe..
sy pn manusia biasa..hamba Allah yg hina.. tak perfect mana..
tp sy bersyukur dengan segala nikmat yg Allah dh beri pd sy.. keluarga yg penyayang,, kawan2 yg mcm2 ragam..hehe.., pelajaran yg baik,, kehidupan yg baik walaupun sederhana..alhamdulillah.. Allah tahu yg terbaik utk sy.. dan insyaAllah lepas ni,, mgkin Allah akan pertemukan hati sy dengan hati yang mencintai-Nya lebih dri segala-galanya.. dan yang dapat membimbing sy menuju Allah.. :)) insya Allah..

okeyyy!! spesifikasinye tak banyak..sebab sy pun tak cerewet mane.(skit2 je..ehehe) ... berdasarkan 4 perkara iaitu, agama, harta, kecantikan, dan keturunan.. insyaAllah..:)

1) Solat 5 waktu mesti cukup..sebab solat tu tiang agama..kalau tak solat, kite ni ibarat meruntuhkan agama kite sendiri..

2) Sentiasa berusaha mencintai Allah dan rasullullah dengan melakukan amalan2 sunat..paling penting baca al-Quran even 1 ayat dlm sehari..:))

3) Sentiasa mencintai ibunya..dan kemudian barulah mencintai sy sebagai isterinya.. :))

4) Matang dan bertanggungjawab..

5) Ada pekerjaan yg blh menjamin .. biar tak de kelulusan tinggi,, tp sentiasa ada usaha utk maju..bkn nye hny tunggu bulan jatuh ke riba tanpa sebarang usaha!

6) tak encem takpe..sbb sy pn tak cantik mane..:) tp cukup pemurah dengan senyuman utk sy setiap hari.. senyuman penyejuk hati..:)

7) kalau blh romantik2 ckit..eheheh.. (gatainye aku ni)

8) blh terima sy seadanya..dan berjanji takkan menduakan sy selagi sy masih hidup dan selagi sy msih mampu.. :))

9) cintai Allah sepenuh hati..kerana sy yakin,, bile die cintakan pencipta sy,, die juge akan ikhlas mencintai sy.. kerana cinta yang terbina adalah cinta yang suci..

10) boleh slalu imamkan solat sy.. bacekan ayat2 suci al-quran utk sy pd hening malam hari.. sentiasa menjadi my guidance angel diwaktu susah dan senang.. :))

ya Allah..izinkan aku utk bersama dengan hamba pilihan-Mu utkku.. izinkan hati kami bertaut.. hanya diriMu yang mengetahui segalanya.. yang tersurat mahupun tersirat..



Thursday, May 24, 2012

WHAT IS "Istidraj" ??





Suka Allah Biarkan Kita Terus Sesat Dengan Nikmat Dunia?

Eh eh, engkau yang bajet alim tu. Tudung labuh, tak cakap dengan lelaki, jalan pun tunduk sampai langgar tiang, usrah sana, usrah sini, dakwah sana, dakwah sini. Aku nak tanya kau ni.

Awak cakap dengan saya ke?

Haah, kau lah. Siapa lagi? Takkan aku cakap dengan dinding pula. Aku tengok akademik kau tak ada lah bagus sangat. Apa cerita kawan? Doa kau tak makbul ke?

Oh. Bukan macam tu. Sebenarnya…..

Kau tengok aku, couple, tiap-tiap weekend keluar dating, tengok wayang, hang out dengan kawan-kawan. Dapat juga result cemerlang, dekan tiap-tiap semester. Tak payah nak doa sangat pun sebab aku yakin, aku memang pandai. Hehe (gelak bangga)..

Sebenarnya saya nak…..

Alah, tak payah lah nak bagi macam-macam alasan lagi. Hakikatnya, hidup kita ni kita yang tentukan semuanya. Kalau jadi baik alim sekalipun, belum tentu Allah akan tolong kita. Hidup aku bebas, tak terkongkong, enjoy saja. Bestnya.

Awak, tolonglah bagi saya habiskan kata-kata saya dulu. Boleh tak? Sebenarnya saya nak kata yang kita jangan terlalu bangga yang kita berjaya sedangkan pada masa yang sama kita lakukan perkara yang dimurkai Allah. Mungkin juga itu adalah istidraj.
Istidraj tu apa?

Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.

Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. “Makan baik baik nak, jangan bising-bising, ayah nak sembahyang.”

Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.ISTIDRAJ.

It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray.
......................
Nauzubillah min zalik.
Moga rezki yang kita perolehadalah tanda kasihNya
bukan istidraj daripadaNya

By:
Exco Lajnah Kebajikan Dan Akademik
Ikatan Studi Islam Ukm (ISIUKM) 12/13 &

Monday, May 21, 2012

::and Rejab comes again:; :''))


really can't wait for ramadhan..!! :))
click pada gambar utk paparan lebih jelas okeyy!:)

~ron pope - a drop in the ocean~ :))


"I was praying that you and me might end up together.
It's like wishing for rain as I stand in the desert"

okeyhh! why this song?? hehe.. because it describe me so much..

ekceli lagu ni terjumpe olehh kwn sy.. my anis sabrina.. :) and die pn share la..pastu dengar2..eh2.. this song
being so sarcastic to me..huhu.. lirik die very touched.. sekadar dengar sebagai gadis yang juga punya hati dan perasaan..hehe.. bak kata UAI,, jgn smpai jadi najis! :))

:::bersangka baik itu kan lebih baik:: :)

Apabila melihat pelacur, kita selalu hina. . tetapi kita tak tahu mungkin dia telah dijual oleh keluarganya sendiri sejak kecil. . dan dia nak melarikan diri xboleh kerana telah diugut. .

Apabila melihat seseorang tidak menutup aurat, kita lebih memilih menghina, mencaci daripada menasihati.. tetapi kita xtahu yg mungkin dia lahir dalam keluarga yg tidak menitikberatkan agama dan dia cuba berubah ke arah yg lebih baik. .

Apabila kita melihat orang membuat maksiat, membuat salah, kita lebih mengambil pendekatan menghina, mencaci berbanding dgn pendekatan dakwah yg berhikmah, nasihat. .

Adakah tindakan kita mendekatkan mereka dengan agama, atau mejauhkan mereka dengan agama ?

kadang2 orang yg kita sangka hina, org yg kita caci itu mgkin ahli syurga. . sentiasalah bersangka baik.. Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari kita..

Lebih baik tersalah bersangka baik, daripada tersalah bersangka buruk. .
p/s : ingatlah rukun bersahabat yang tiga perkara tue. nak tegur kawan tue, boleh. cumanya guna cara yang betul dan berhemahlah. isti'dad~

credit to ili syamim (my asperians' friend

~maniskan wajahmu~ ..:))

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.


Oleh: Hasnita Mohd Leham

Friday, May 18, 2012

aku hamba yang hina..

‎"Allah..you know me better than i know myself..and i know myself better than these people who praise me..forgive those sins of mine which they have no knowledge.."

ya Allah.. aku sangat2 tersentuh dengan kata2 ini.. Kau jauhkan aku drpd tergolong dlm golongan org2 yg munafik ya Allah.. :''((