Thursday, May 24, 2012

WHAT IS "Istidraj" ??





Suka Allah Biarkan Kita Terus Sesat Dengan Nikmat Dunia?

Eh eh, engkau yang bajet alim tu. Tudung labuh, tak cakap dengan lelaki, jalan pun tunduk sampai langgar tiang, usrah sana, usrah sini, dakwah sana, dakwah sini. Aku nak tanya kau ni.

Awak cakap dengan saya ke?

Haah, kau lah. Siapa lagi? Takkan aku cakap dengan dinding pula. Aku tengok akademik kau tak ada lah bagus sangat. Apa cerita kawan? Doa kau tak makbul ke?

Oh. Bukan macam tu. Sebenarnya…..

Kau tengok aku, couple, tiap-tiap weekend keluar dating, tengok wayang, hang out dengan kawan-kawan. Dapat juga result cemerlang, dekan tiap-tiap semester. Tak payah nak doa sangat pun sebab aku yakin, aku memang pandai. Hehe (gelak bangga)..

Sebenarnya saya nak…..

Alah, tak payah lah nak bagi macam-macam alasan lagi. Hakikatnya, hidup kita ni kita yang tentukan semuanya. Kalau jadi baik alim sekalipun, belum tentu Allah akan tolong kita. Hidup aku bebas, tak terkongkong, enjoy saja. Bestnya.

Awak, tolonglah bagi saya habiskan kata-kata saya dulu. Boleh tak? Sebenarnya saya nak kata yang kita jangan terlalu bangga yang kita berjaya sedangkan pada masa yang sama kita lakukan perkara yang dimurkai Allah. Mungkin juga itu adalah istidraj.
Istidraj tu apa?

Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.

Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. “Makan baik baik nak, jangan bising-bising, ayah nak sembahyang.”

Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.ISTIDRAJ.

It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray.
......................
Nauzubillah min zalik.
Moga rezki yang kita perolehadalah tanda kasihNya
bukan istidraj daripadaNya

By:
Exco Lajnah Kebajikan Dan Akademik
Ikatan Studi Islam Ukm (ISIUKM) 12/13 &

No comments:

Post a Comment